-->

Ini Antara Kedai RM2 Yang Anda Boleh Serbu Di Sekitar Lembah Klang

advertise here

 

Berikut di bawah adalah antara kedai RM2 yang ada di sekitar Lembah Klang:

 









1. ECO Shop

ECO Shop adalah salah satu kedai RM2 yang terkenal kerana mereka mempunyai 200 kedai di seluruh Malaysia dengan 27 buah kedai berada di KL dan Selangor.

Walaupun semua kedai mereka menjual barang yang sama, tetapi sebenarnya ada cawangan tertentu menjual produk yang tidak akan anda temui di ECO Shops yang lain.

 

2. Ninso

Ninso menawarkan pelbagai barangan rumah dan makanan ringan. Salah satu perkara yang menjadikan kedai mereka menonjol daripada yang lain dalam senarai ini adalah susun aturnya yang kemas.

Beberapa kedai Ninso juga menawarkan barangan makanan bernilai RM2 seperti ais krim dan Tom Yam Oden.

Mereka juga memiliki outlet di Shah Alam, Kepong, Kota Kemuning, Balakong, Selayang dan Gombak.

 

3. NOKO

Sekiranya anda mencari barangan untuk hiasan dekorasi dan alat tulis yang comel, ini pasti tempat yang sesuai. Item di kedai NOKO disusun secara strategik, menjadikan anda sangat mudah untuk mencari barangan yang anda mahukan.

Terdapat beberapa cawangan kedai NOKO iaitu di Ampang Jaya, Bukit Jelutong, Shah Alam, dan Puchong Utama.

 

4. MR SAVE

Walaupun kedai mereka sedikit lebih kecil keluasannya daripada kedai lain dalam senarai ini, tetapi MR SAVE masih menjual pelbagai jenis barangan. Antaranya mereka menjual barang hiasan rumah seperti tikar lantai, bingkai foto, dan artificial plants.

Anda boleh kunjungi kedai mereka di Kota Damansara, Ampang, Subang Perdana, dan Petaling Jaya.

 

5. Cheap2shop

Sama seperti kedai RM2 yang lain di dalam senarai ini, mereka juga tidak ketinggalan dengan barangan keperluan yang sentiasa dikehendaki oleh pelanggan. Produk yang dijual juga berkualiti tinggi dengan harga murah.

Mereka mempunyai cawangan di Rawang, Setapak dan Klang.

 

6. Murah Jimat

Ini salah satu nya rangkaian kedai RM2 muslim yang terdapat dalam pasaran. Bermula pada 2018, setakat artikel ini di tulis, mereka telah mempunyai 103 cawangan di seluruh negara. Kedai ini menawarkan barangan berharga RM2.40 ke bawah.

Untuk lihat senarai lengkap cawangan, klik www.kedaiRM2murahjimat.com (scroll bawah sekali)



Menarik kan? makin banyak kedai RM2 sekarang :D




IKLAN

KLIK SINI








Advertisement
BERIKAN KOMENTAR ()