-->

LOKASI TERBAIK BUKA KEDAI RM2

advertise here


Ada yg bertanya dengan saya, lokasi mana yang terbaik untuk buka kedai serbaneka RM2.


Ini jawapan saya :

Mana2 lokasi yang padat dgn penduduk memang sesuai untuk di buka Kedai RM2. Tak kira lah di kampung, taman atau pun di bandar. Cuma saya nasihat kan supaya elakkan untuk buka di bandar besar kerana anda akan bersaing dgn kedai RM2 bangsa cina (modal mereka besar, barang banyak) dan sewa kedai yang mahal. Buka di taman perumahan pun dah okay. Seperti di kawasan Melaka, kedai serbaneka ni dah jadi kewajipan perlu ada di setiap taman sama penting seperti kedai top up, kedai gunting rambut dan kedai runcit.

Jika anda ada modal dalam lingkungan RM60K ke bawah untuk buka kedai, carik kedai yang sewa nya RM1500 ke bawah. Jika sewa lebih mahal, anda perlu modal yg lebih besar sbb nanti tak tercover sewa kedai, kos pekerja dan bil utiliti. Cari kedai yang berjiran dgn kedai tumpuan orang seperti kedai barang basah, kedai mamak, 7 Eleven atau pun kedai top up. Laku kan statistik sedikit selama seminggu tentang orang yg keluar masuk ke kedai bakal jiran2 anda ni. Secara purata jika 500 orang keluar masuk, 10% akan masuk juga ke kedai anda. Jika tak ramai orang yang keluar masuk, pertimbangkan lah kedai lain.

Biasa owner akan minta 2 + 1 + 1 tentang sewa kedai. Jika sewa sebulan RM1500, maka anda harus sediakan RM3000 deposit + RM1500 sewa bulan pertama dan RM1500 deposit api air. itu sahaja sudah RM6000.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda bakal usahawan kedai RM2...



IKLAN

KLIK SINI








Advertisement
BERIKAN KOMENTAR ()