-->

LAMPU DINDING BAJET KEDAI RM2

advertise here


Ini dia langkah-langkah nak buat lampu dinding dari barang-barang kedai rm2 ni. Sebenarnya tutorial untuk buat lampu dinding dah banyak kat Facebook haha tapi berbeza-beza lah cara orang buat.
.
Tapi yang saya kongsikan ini cara yang mudah dan praktikal bagi saya lah. Apa-apa cara pun yang penting di mata kita cantik itu yg utama 🤗
.
Boleh tengok gambar untuk langkah-langkah nya ya. Semua barang adalah dari kedai rm2.
.
Good night dan selamat mencuba 😘

Kredit: Hani Mynis



Benda yang perlu ada :

✅L-shape bracket
✅bakul plastik
✅lampu bateri
✅plastik hook
✅cat spray (hitam)
✅cable tie (hitam)

Keperluan lain
✅soldering gun



Penyangkut ni boleh laras kedudukan dia


Contoh nnt saya lekatkan pada bahagian dalam tapak bakul.

Lampu menggunakan kuasa bateri. Ada suis hitam untuk on off lampu dan boleh tukar tiga jenis pencahayaan lampu. Malap, terang dan berkelip-kelip.




Lepas saya cat bakul (mengikut warna tema rumah), saya buat lubang di tapak bakul (bhgn luar) menggunakan soldering gun. Soldering gun ni pun saya beli di kedai rm2 khas untuk projek kerastangan ni. Mmg saya khaskan utk buat lubang di plastik je kerja dia haha. Sebelum buat lubang utk masukkan cable tie tu kena tandakan dulu kedudukan lubang berdasarkan L shape bracket tadi.



Masukkan cable tie dalam lubang.


Tetapkan kedudukan L-shape bracket. Dan “ikat” bracket tu dengan cable tie.


Dah siap. Bagi saya cara ni senang. Tinggal nak screw kan ke dinding je.


Pandangan dari dalam bakul. Nampak tak cable tie tu? Potong lebihan cable tie utk lebih kemas. Tampal ‘hook’ yg boleh laras tadi. Jangan risau hook ni kuat. Dah 3 bulan gantung lampu kat situ tak jatuh pun.


Kat lampu tu hujung nya ada penyangkut. Boleh sangkut je kat ‘hook’ tu. Kalau nak on -off button atau nak tukar bateri senang. Tanggalkan je lampu tanpa usik bahagian lampu yang lain.


Pandangan bila dah sangkut.
Kalau ada soalan tanya je ya. 🤗😘


Pasang kiri kanan. Maaf pencahayaan tak cantik haha ambil gambar waktu malam 😅









--
IKLAN

 KLIK SINI









Advertisement
BERIKAN KOMENTAR ()