Saturday, February 8, 2014

WARRANTY

Kepada semua pelanggan kami yg di hormati..Apabila anda membeli brg serbaneka dari kami, kami akan beri anda 2 jenis warranty. 

Warranty seminggu - jika ada brg2 yg rosak semasa delivery, anda boleh pulangkan kepada kami dan kami akan ganti yang baru. 

a) Kos penghantaran pengiriman brg tersebut kepada kami dan kos penghantaran semula kepada anda, anda kena tanggung lah. Kos penghantaran yg percuma tu sekali jer masa 1st order..
b) Jika anda ambil sendiri barang di kedai kami, tiada warranty di berikan. 
c) Warranty bermula 7 hari dari barang sampai ke tangan anda. 
d) Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain. Namun tukaran ini bergantung juga pada stok. Jika tiada stok mmg lewatlah sikit. Melainkan anda ambil apa sahaja stok yang ada di kedai kami. Boleh dapat on the spot.

b) Warranty 3 bulan - jika ada brg2 yg slow atau tak boleh jual, anda boleh tukarkan dgn brg yg laju tanpa perlu keluar duit beli yg lain. 

a) Warranty ini sah utk anda yg brg2 nya saya yg pilihkan ikut pakej. Saya pilihkan untuk anda brg2 yg senang di jual dan laris tetapi jika brg2 tersebut tak boleh jual anda boleh tukar. Saya akan bantu anda sampai boleh jual. TETAPI jika anda pilih sendiri brg2, tiada warranty akan di beri. Anda pilih ikut confident sendiri, maka dgn confident lah anda akan jual nya sampai habis.b) Warranty bermula selepas 7 hari sehingga 90 hari barang sampai ke tangan anda . Bukan hari ni sampai terus nak tukar barang yea..Ataupun barang belum sampai semua dah berkobar kobar nak tukar barang.
c) Saya sangat menitik beratkan ttg tarikh tamat warranty ini. Saya tidak akan layan jika warranty telah tamat tempoh walaupun sehari. 
d) Kos penghantaran untuk pemulangan barang dan pengirimam semula barang di tanggung oleh anda. Jika tak nak tanggung kos, datang lah sendiri hantar ke kedai saya. Saya tak kan datang ambil yea..
e) Hanya 1 kali penukaran barang sahaja di benarkan.
f) Penukaran barang bergantung pada stok. Jika ada stok barang,  boleh dapat segera. Jika tak de stok, kena tunggu lah. Jika nak cepat, anda boleh ambil stok yang ready di kedai saya.


Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga pembeli, sedara mara ker, staff ker.. Serabut berurusan dengan ramai orang ni. Banyak kali nak explain benda yang sama berkali kali.

1 comment:

  1. Salam..tuan hairul sy berminat nk tuan setup kedai sy tapi bole tak ctc sy di no ni 0133159759..wasap pls..

    ReplyDelete