Sunday, February 9, 2014

SYARAT DAN TERMA PEMBELIAN BORONG BARANG RM2




BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PESANAN


1.      Isi borang tempahan di dalam website www.qparadigm.com.my. Sila letak no ID agent jika anda berurusan dengan agent kami. Kosongkan jika anda berurusan terus dengan pihak syarikat.
2.      Kami akan email official quotation kepada anda. Tunggu sehingga anda mendapatkan quotation daripada kami sebelum membuat bayaran.
3.      Quotation yang kami sediakan berdasarkan stok barang yang ada pada masa tersebut. Pihak kami BERHAK menukar dengan barang lain jika tiada stok selepas anda membuat pembayaran.
4.      Ada warranty tukar barang jika anda tidak berpuas hati dengan barang yang kami beri @ barang tersebut tidak terjual. Jadi jangan risau jika barang yang anda terima berlainan dengan quotation yang kami email.
5.       Buat pembayaran ke akaun CIMB syarikat seperti yang dinyatakan. Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan akaun selain yang ada dalam quotation dan wang tidak sampai kepada kami.
6.       Apabila anda membuat pembayaran, pihak kami beranggapan anda telah SETUJU berurusan dengan kami mengikut tatacara dan syarat syarat yang kami tetapkan. Jadi sebarang pertikaian / tarik diri / minta refund tidak akan di layan. Sila baca syarat dan terma ini dengan lengkap sebelum membuat pembayaran.
7.      Tunggu pengesahan bayaran dan maklumat penghantaran (tracking number) daripada kami.
8.      Barang akan sampai kepada anda melalui Pos Malaysia / Lori / Van.
9.      Jangka masa penghantaran dalam 7 hari bekerja tetapi kadang kadang terlewat bila kami proses order yang banyak. Jadi rancang betul- betul tempahan anda dan berbincang dengan pihak kami. 
10.  Untuk pembelian barang bernilai RM2000 ke atas, penghantaran adalah PERCUMA sekitar semenanjung. Walau bagaimanapun, pihak kami TIDAK AKAN menanggung sebarang kos jika anda datang ambil sendiri barang di kedai kami.


KAEDAH PEMBAYARAN

1.      Setiap bayaran perlu dibuat untuk ke account seperti tertera dibawah :

8601059927-  QDF PARADIGM ENTERPRISE (CIMB)

2.      Setelah anda membuat bayaran, sms @ hubungi kami ditalian 016-6243287
3.      Sila nyatakan nama dan alamat penghantaran didalam sms anda..
4.      Sila pastikan nama penerima adalah betul sebelum mengesahkan transaksi anda.
5.      Anda dinasihatkan fotostat slip bank anda untuk pengesahan pembayaran.
6.      Anda juga dinasihatkan untuk email salinan slip bank untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Emailkan ke : tuksidang@gmail.com atau ke alamat office kami di QIDA Paradigm Enterprise,No 11, Jln College Heights 1,Tmn College Heights,70400 Seremban,N.Sembilan


WARRANTY

Kepada semua pelanggan kami yg di hormati,

Apabila anda membeli barang serbaneka dari kami, kami akan beri anda 2 jenis warranty.

Warranty seminggu - jika ada barang-barang yang rosak semasa penghantaran, anda boleh pulangkan kepada kami dan kami akan ganti yang baru.

a.      Kos penghantaran pengiriman barang tersebut kepada kami dan kos penghantaran semula kepada anda, di tanggung sepenuhnya oleh pihak anda. Kos penghantaran yang percuma hanya semasa penghantaran yang pertama sahaja (jika pembelian RM2000 ke atas).
b.      Jika anda datang ambil sendiri barang di kedai kami, tiada warranty di berikan memandangkan kerosakan berlaku di sebabkan kecuaian di pihak anda.
c.       Warranty bermula 7 hari dari barang sampai ke tangan anda.
d.      Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain. Namun tukaran ini bergantung juga pada stok. Jika tiada stok tukaran, pertukaran akan lewat memandangkan pihak kami kena order barang terlebih dahulu. Melainkan anda ambil apa sahaja stok yang ada di kedai kami. Boleh dapat on the spot.
e.      Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga pembeli, saudara mara ataupun staff.


Warranty 3 bulan - jika ada barang-barang yang tak boleh di jual, anda boleh tukarkan dengan barang yang laju tanpa perlu keluar lagi.

a.      Warranty ini sah utk anda yang barang-barang nya di pilihkan oleh pihak kami.  Jika anda pilih sendiri barang-barang, tiada warranty akan di beri.
b.      Warranty bermula selepas 7 hari sehingga 90 hari barang sampai ke tangan anda . Bukan hari ni sampai terus nak tukar barang. Ataupun barang belum sampai semua dah nak tukar barang.
c.       Pihak kami tidak akan menerima sebarang penukaran jika warranty telah tamat tempoh walaupun sehari.
d.      Kos penghantaran untuk pemulangan barang dan pengirimam semula barang di tanggung oleh anda. Kami tidak akan ke premis anda untuk ambil barang atau hantar barang tersebut.
e.      Hanya 1 kali penukaran barang sahaja di benarkan.
f.        Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain. Namun tukaran ini bergantung juga pada stok. Jika tiada stok tukaran, pertukaran akan lewat memandangkan pihak kami kena order barang terlebih dahulu. Melainkan anda ambil apa sahaja stok yang ada di kedai kami. Boleh dapat on the spot.
g.      Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga pembeli, saudara mara ataupun staff


No comments:

Post a Comment